Wednesday, 14 August 2013

40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK-ANAK


1.       Hal mengenai zuriat tidak diperhitungkan semasa memilih jodoh
2.       Hal mengenai zuriat tidak diperhitungkan waktu mengadakan hubungan suami isteri
3.       Tidak menunjukkan sikap lemah lembut terhadap anak-anak
4.       Memaki hamun sebagai langkah menegur kesilapan anak-anak
5.       Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6.       Tidak bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7.       Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8.       Membezakan-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9.       Kurang melahirkan kasih sayang
10.   Kurang menunjukkan sikap gembira di hadapan anak-anak
11.   Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang daripada sekolah
12.   Tidak melatih anak-anak menempatkan sesuatu pada tempatnya
13.   TIDAK MENGAJAR ANAK-ANAK TENTANG AGAMA, KHUSUSNYA IBADAH SEMBAHYANG
14.   Tidak terlibat di dalam urusan pelajaran anak-anak
15.   Tidak memprogramkan masa rehat dan riadhah anak-anak
16.   Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17.   Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18.   Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak (Pakaian, Perkataan dan Perbualan)
19.   Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20.   Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak
21.   Tidak menggunakan bahasa yang sepatutnya
22.   Bertengkar di antara suami isteri di hadapan anak-anak
23.   Sikap ibu bapa yang sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24.   Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat di dalam dan di luar rumah
25.   Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26.   Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27.   Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak
28.   Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29.   Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30.   Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemuskilan anak-anak
31.   Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32.   Lambat memberi penghargaan/pengiktiran terhadap sesuatu perkara yang baik yang dilakukan oleh anak-anak
33.   Kerap meleter di atas sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak
34.   Menghukum tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35.   Sering mengancam dan menakut-nakuti anak-anak
36.   Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37.   Tidak konsisten di dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38.   Memberi nasihat yang sama sahaja kepada anak-anak diberbagai peringkat umur
39.   Tidak tegas di dalam mendidik anak-anak

40.   Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama, tolong menolong atau membantu

Mari kita kongsikan pengalaman anda disini.

Monday, 5 August 2013

Sifat ALLAH ke lima : QIAMUHU TAALA BINAFSIHI



Ertinya : BERDIRI ALLAH TAALA DENGAN SENDIRI. Dan tidak dimaksudkan di sini tegak pendirian-Nya atau bangun berdiri dengan sendiri tidak ada orang yang mengangkat dan menolong-Nya sebagaimana yang kita sedia faham. Tetapi berdiri Allah Taala dengan sendiri itu tiada berkehendak dengan zat yang lain atau kepada menjadikan-Nya. Difaham dengan kata bahawa Allah Taala tidak berkehendak kepada zat kerana Allah Taala itu sendiri adalah zat, dan bukan Allah Taala itu sifat. Yang mana menurut kaedah sifat itu tidak boleh berdiri dengan sendiri melainkan menumpang pada zat sama ada sifat QADIM atau sifat baharu, seperti menumpang warna pada zat kain. Tetapi tiada boleh dikatakan bahawa sifat Allah Taala itu berkehendak kepada zat, kerana boleh memberi waham bahawa baharu pula sifat Allah Taala itu. Maha suci Allah Taala daripada bandingan dengan sesuatu. Tetapi hendaklah diiktiqad dihati bahawa zat Allah Taala itu bersifat dengan segala kesempurnaan dan tidak berhajat Allah Taala kepada sekalian makhluk. Sebaliknya sekalian makhluk ini berhajat kepada-Nya.

Adapun erti tiada berkehendak Allah Taala kepada yang menjadikan Dia iaitu memestikan Allah Taala itu QADIM bukannya baharu. Kerana yang berkehendak kepada yang menjadikannya ialah sekalian yang baharu ini.

Mustahil lawan bagi sifat berdiri dengan sendirinya ini ialah berkehendak kepada zat atau kepada yang menjadikan.

Dalil Akal. Jika Allah Taala itu tidak berdiri dengan sendiri sudah tentu Allah Taala berkehendak kepada zat, nescaya Allah Taala itu sifat, dan ini tidak diterima akal. Kerana jika Allah Taala itu sifat sudah tentu tidak bersifat dengan sekalian sifat. Bandingannya ialah penglibatan kita tiada boleh menumpang penglihatan bahkan menumpang pada zat iaitu mata. Maha Suci Allah Taala menumpang seperti ini. Sebaliknya Allah Taala tidak berkehendak kepada zat dan tidak berkehndak kepada yang menjadikan Dia.

Dalil Naqli. Firman Allah Taala:

“Allah kaya (tidak menghajatkan pertolongan orang lain) dan kamu miskin”
(Surah Muhammad: Ayat 38)

“Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekalian makhluk”

(Surah Al-Ankabut: Ayat 6)

Sunday, 21 July 2013

Sifat Allah Keempat : MUKHALAFATUHU TAALA LILHAWADIS

Ertinya:  BERSAHAN ALLAH TAALA DENGAN SEKALIAN YANG BAHARU. Dengan erti ketiadaan persamaan Allah Taala dengan yang baharu kerana segala yang baharu mempunyai sifat-sifat ini, iaitu Jauhar, Aradh, Jirim, Jaz’iyah, Jisim, berpihak dan bermasa.

a.       Pengertian Jauhar
Iaitu suatu perkara yang halus yang tidak boleh dikerat dan dibelah seperti angina, ruh dan sebagainya

b.      Pengertian Aradah
Iaitu sifat makhluk yang baharu seperti besar, kecil, putih, hitam dan lain-lain. Maka tiap-tiap sifat tidak boleh berdiri dengan sendiri melainkan menumpang pada zat sesuatu seperti warna yang tidak boleh berdiri sendiri melainkan menumpang pada zat lain

c.       Pengertian Juz’iyah
Iaitu sesuatu yang berhubung-hubung seperti kaki/tangan, urat/daging dan sebagainya.

d.      Pengertian Jirim
Iaitu sesuatu yang memerlukan ruang sekadar untuknya, sama ada bersusun yang boleh dikerat dan dibahagi atau yang tiada bersusun seperti angin dan sebagainya

e.       Pengertian Jisim
Iaitu sesuatu perkara yang boleh dikerat, dibelah dan dibahagi seperti kayu, batu, tubuh dan sebagainya

f.       Pengertian Berpihak
Iaitu sesuatu perkara yang mempunyai hadapan, belakang, kri, kanan dan sebagainya.

g.       Pengertian Bermasa
Iaitu seperti siang, malam, pagi, petang dan sebagainya, Dengan erti Allah tidak tertakluk dengan masa seperti ini.

Maka Allah Taala bersalahan dengan segala yang disebut ini, sama ada pada zat, pada sifat dan pada perbuatan-Nya. Ertinya tiada zat sesuatu dari makhluk ini serupa dengan zat Allah Taala. Kerana zat Allah Taala itu bukan dari jenis Nur (cahaya) dan bukan dari jenis Zulmat (gelap) dan bukan pula dari jenis langit dan bumi dan bukan dari jenis antara langit dan bumi. Juga tiada sifat sesuatu daripada makhluk ini serupa dengan  sifat Allah Taala kerana sifat Allah Taala itu sedia bagi kekal.

Juga tiada perbuatan sesuatu daripada makhluk ini serupa dengan perbuatan Allah Taala kerana perbuatan makhluk tiada memberi bekas, hanya usaha sahaja. Adapun perbuatan Allah Taala itu ialah perbuatan yang memberi bekas dengan mengadakan makhluk dan mentiadakannya dengan tiada menggunakan alat dan pembantu. Maka apabila diberi was-was atau khayalan oleh Syaitan di hati engkau – apabila Allah Taala itu tidak berjirim dan tidak Aradh maka bagaimanakah hakikat-Nya. Katakanlah olehmu untuk menghilang daripada was-was, tiada diketahui hakikat-Nya melainkan Allah Taala jua.

Sekiranya datang dalam Al-Quran atau Al-Hadis yang memberi waham menyerupai Allah Taala dengan yang baharu, mengikut Mazhab Salaf diserahkan ayat itu kepada Allah Taala. Adapun Mazhab Khalaf ditakwilkan dia iaitu seperti firman Allah Taala:

“Iaitu (Allah) Ar-Rahman yang bersemayam di atas Arasyi”
(Surah Taha: Ayat 5)

Maka zahir ayat ini Allah Taala berpihak iaitu tertinggi di Arasy. Mengikut Mazhab Khalaf yang dimaksudkan dengan tertinggi itu iatu memerintah dan memiliki Arasy. Sebaliknya mengikut Mazhab Salaf tidak ditakwilkan lagi bahkan diserahkan maksud ayat itu kepada Allah Taala.

Mustahil lawan bagi sifat MUKHALAFAH iaitu menyerupai dengan sesuatu daripada makhluk ini.

Dalil Akal. Jika menyerupai Allah Taala dengan sesuatu yang baharu maka sudah tentu Allah Taala juga baharu. Yang demikian itu mustahil kerana telah tetap sedia dengan dalil yang telah lalu. Maka tetaplah bersalahan.

Dalil Naqli. Firman Allah Taala:

“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran)-Nya”
(Surah Asy-Syura: Ayat 11)

Nyatalah bahawa makhluk itu bukan Tuhan dan Tuhan berbeda dengan makhluk. Jadi Allah Taala itu Mukhalifun lil hawadits.

Sifat Allah Ketiga BAQA’



Ertinya: KEKAL. Yang dimaksudkan dengan kekal Allah Taala iaitu ketiadaan akhir ada Allah Taala atau ketiadaan kesudahan ada-Nya atau menafikan ketiadaan yang menghubungi ada-Nya. Maka ketiga-tiga sebutan ini ertinya sama sahaja. Adapun yang dimaksudkan dengan ayat:


Maksud


di sini kekal Allah Taala walaupun binasa sekalian makhluk apabila ditiup sangkala, kecuali yang tiada binasa ialah 10 perkara:


1.      Sekalian nikmat syurga
2.      Azab neraka
3.      Ajbul Zambi (tulang kecil yang terletak dihujung tulang belakang manusia)
4.      Jasad sekalian Nabi-nabi a.s.
5.      Sekalian yang mati syahid
6.      Sekalian ruh
7.      Arasy
8.      Kursi
9.      Luh Mahfuz
10.  Qalam

Maka sekalian ini ada baginya permulaan tiada kesudahan adanya (kekal). Tetapi pada akal fikiran lurus Allah Taala mengekal atau membinasakannya. Yang dikatakan kekal benda-benda ini ialah dari segi Syarak iaitu sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran dan Al-Hadis bahawa sekalian benda-benda ini tidak binasa. Adapun kekal Allah Taala ialah kerana itu adalah sifat yang wajib bagi-Nya.

Mustahil lawan bagi sifat kekal iaitu fana (binasa)

Dalil Akal. Jika Allah Taala binasa sudah tentu ia-Nya baharu dan setiap yang baharu itu dihukum semacam makhluk juga. Kerana pada ketika itu jadilah Ia harus ada atau harus tiada. Maka setiap yang harus itu tidak boleh dihukum dengan wajib ada sama sekali. Yang demikian baharu Allah Taala itu tidak diterima akal kerana telah tetap wajah. QIDAM (Sedia). Oleh itu wajiblah Allah Taala bersifat dengan BAQA’.

Dalil Naqli. Firman Allah Taala:

“Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah”
(Surah Al-Qasas: Ayat 88)

“Dan kekallah zat Tuhanmu, Yang Maha Agung dan Mulia”
(Surah Ar-Rahman: Ayat 27)

Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah Taala itu kekal abadi, sifat BAQA’ ini juga termasuk kesempurnaan bagi sifat Allah Taala WUJUD. Ertinya WUJUD yang paling sempurna ialah WUJUD yang abadi kekal selama-lamanya. Jadi Allah Taala itu BAQIM (Zat yang kekal)

Thursday, 18 July 2013

Sifat Allah Kedua QIDAM

MENGENAL SIFAT-SIFAT ALLAH TAALA



Kedua : QIDAM

Ertinya : Sedia. Yang dimaksudkan dengan sedia di sini, sedia yang zati dengan erti ketiadaan permulaan ada Allah Taala itu dan bukan dimaksudkan dengan sedia Allah Taala itu, sebagai sedia yang Zamani (lama masa) seperti benda yang sudah reput dan berlalu zaman berzaman dan bukan juga dimaksudkan dengan sedia Idhofi (iaitu seperti dahulu tanpa bapa sebelum anaknya) bahkan ada Allah Taala itu tiada didahulu oleh tiada, dan mustahil lawannya iaitu baharu.

            Dalil Akal. Jika Allah Taala baharu nescaya berhajat pula kepada yang membahrukan Dia, ini sudah tentu mustahil kerana membawa Dur (berpusing-pusing), umpamanya Tuhan yang pertama menjadikan Tuhan yang kedua, Tuhan yang kedua menjadikan Tuhan yang ketiga dan Tuhan yang ketiga menjadikan Tuhan yang pertama pula, seperti Yusoff menjadikan Umar, Umar menjadikan Bakar dan Bakar menjadikan Yusoff pula, keadaan seperti ini yang dikatakan Dur, seperti rantai jala atau membawa kepada tasalsul (tiada berkesudahan), umpamanya Tuhan yang pertama menjadikan Tuhan yang kedua, Tuhan yang kedua menjadi Tuhan yang ketiga hingga seterusnya dengan tiada penghabisan, maka Dur dan Tasalsul ini mustahil atas Allah Taala, dengan demikian tidak diterima akal baharu Allah Taala itu. Bila begitu wajiblah sedia

Dalil Naqli. Firman Allah Taala:

“Dialah Yang Awal dan Yang Akhir”
(Surah Al-Hadiid: Ayat 3)

            Dan sifat Qidam itu termasuk kesempurnaan bagi sifat WUJUD Allah Taala. Ertinya WUJUD yang paling sempurna ialah WUJUD yang tidak memakai permulaan. Jadi Allah Taala itu Qidimun (Zat yang dahulu)


Sumber : Noraine Abu (1999), Sifat 20; Ke Arah Memahami Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. (m.s 31-32). Pustaka Ilmi.

Sifat Allah Pertama WUJUD

MENGENAL SIFAT-SIFAT ALLAH TAALA

Pertama : WUJUD

Ertinya : ADA. Yang dimaksudkan dengan ada di sini ialah ada yang Zati, yakni ada yang sebenar-benarnya. Dengan kata lain terkeluar daripada ada yang Aradh (ada sebelumnya tiada). Atau ada yang Majazi (ada pinjam-pinjaman seperti ada bayang dengan benda). Dengan erti ada Allah Taala itu bukan ada yang menjadikan-Nya dan bukan Ia menjadikan diri-Nya sendiri da nada-Nya tidak berubah, tidak mati, tidak hilang dan ada-Nya tidak didahului dengan tiada dan ad-Nya tidak diakhiri dengan tiada, dan mustahil lawannya, iaitu tiada.

            Dalil Akal. Sekiranya Allah Taala tidak ada tentu dunia inipun tidak ada, sebab Allah Taala-lah yang menjadi pangkal adanya segala yang ada.

            Adanya Allah Taala itu mutlak tidak terbatas oleh sesuatu yakni tidak dibatasi oleh waktu keadaan mahupun tempat. Dan dalam terjadinya bumi dan langit dan segala apa yang ada di dunia ini menunjukkan adanya Allah Taala. Mustahil dia akan jadi dengan sendirinya, taiada memakai sebab. Kerana semuanya itu adalah benda yang baharu yang asalnya tidak ada kemudian ada.

            Manusia, malaikat tidak dapat membuat dunia dan tidak dapat membuat dirinya sendiri. Maka Allah Taala-lah yang menjadikan semuanya itu. Dari itu Allah Taala wajib ada. Allah Taala-lah yang menjadi pangkal adanya semua alam ini. Andaikata Allah Taala tidak ada nescaya dunia ini menjadi bukti adanya Allah Taala. Sebagaiman orang berkata adanya rumah, menunjukkan adanya tukang membuat rumah. Mustahil kalau ia ada dengan tidak ada yang mengadakannya.

Dalil Naqli. Firman Allah Taala :

“(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.”
(Surah Taha: Ayat 4)

Maksudnya:
“Tuhan yang menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya”
(Surah Al-Furqan: Ayat 365)


Sumber : Noraine Abu (1999), Sifat 20; Ke Arah Memahami Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. (m.s 29-30). Pustaka Ilmi.

Monday, 15 July 2013

Kelebihan Ilmu


“Allah mengakui bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain dari padaNya dan malaikat-malaikat mengakui dan orang-orang berilmu yang tegak dengan keadilan”
(S. Ali Imran ayat 18)

Maka lihatlah, betapa Allah swt memulai dengan diriNya sendiri dan mendui dengan malaikat dan menigai dengan ahli ilmu. Cukuplah kiranya dengan ini, buat kita pertanda kemuliaan, kelebihan, kejelasan, dan ketinggian orang-orang yang berilmu.

Pada ayat lain Allah swt. berfirman:

“Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat”
(S. Al-Mujadalah, ayat 11)

Ibnu Abbas radliallaahu ‘anh (ra.) (direlai Allah dia kiranya mengatakan : “Untuk ulama beberapa tingkat di atas orang mu’min, dengan 700 tingkat tingginya. Antara dua tingkat itu, jaraknya sampai 500 tahun perjalanan”.

Pada ayat lain Allah swt. Berfirman :

“Katakanlah! Adakah sama antara orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?”
(S. Az-Zumar, ayat 9)

Berfirman Allah swt. :

“Sesungguhnya yang takut akan Allah daripada hambaNya ialah ulama (ahli ilmu)”
(S. Fathir, ayat 28)

Berfirman Allah swt.:

“Katakanlah! Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu dan orang-orang yang padanya ada pengetahuan tentang Al-Quran”.
(S. Ar-Ra’d, ayat 43)

Pada ayat yang lain tersebut:

“Berkatalah orang yang mempunyai pengetahuan tentang Kitab: “Aku sanggup membawanya kepada engkau”
(S. An-Naml, ayat 40)

Ayat ini memberitahukan bahwa orang itu merasa sanggup karena tenaga pengetahuan yang ada padanya.

Berfirman Allah swt. :

“Berkatalah orang-orang yang berpengetahuan : Malang nasibmu! Pahala dari Allah lebih baik untuk orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik”.
(S. Al-Qashash, ayat 80)

Ayat ini menjelaskan bahwa tingginya kedudukan di akhirat, diketahui dengan ilmu pengetahuan.

Pada ayat lain tersebut:

“Contoh-contoh itu Kami buat untuk manusia dan tidak ada yang mengerti kecuali orang-orang yang berilmu”.
(S. Al-‘Ankabut, ayat 43)

Dan firman Allah swt. :

“Kalau mereka kembalikan kepada Rasul dan orang yang berkuasa diantara mereka niscaya orang-orang yang memperhatikan itu akan dapat mengetahui yang sebenarnya”
(S. An-Nisa’, ayat 83)

Ayat ini menerangkan bahwa untuk menentukan hukum dari segala kejadian, adalah terserah kepada pemahaman mereka. Dan dihubungkan tingkat mereka dengan tingkat Nabi-nabi, dalam hal menyingkap hokum Allah.

Dan ada yang menafsirkan tentang firman Allah :

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah turunkan kepadamu pakaian yang menutupkan anggota kelaminmu dan bulu dan pakaian ketaqwaan”
(S. Al-A’raf, ayat 26)

Dengan tafsiran, bahwa pakaian itu maksudnya ilmu, bulu itu maksudnya yakin dan pakaian ketaqwaan itu maksudnya malu.

Pada ayat lain tersebut :

“Sesungguhnya Kami telah datangkan kitab kepada mereka, Kami jelaskan dengan pengetahuan”.
(S. Al-A’raf, ayat 52)

Pada ayat lain :

“Sesungguhnya akan kami ceritakan kepada mereka menurut pengetahuan”
(S. Al-A’raf, ayat 7)

Pada ayat lain :

“Bahkan (Al-Quran)itu adalah bukti-bukti yang jelas di dalam dada mereka yang diberi pengetahuan”
(S. Al-‘Ankabut, ayat 49)

Pada ayat lain :

“Tuhan menjadikan manusia dan mengajarkannya berbicara terang”
(S. Ar-Rahman, ayat 3-4)

Tuhan menerangkan yang demikian pada ayat tadi untuk menyatakan nikmatNya dengan pengajaran itu.

Adapun hadits, maka Rasulullah saw. bersabda:

“Barangsiapa dikehendaki Allah akan memperoleh kebaikan, niscaya dianugerahiNya pemahaman dalam agama dan diilhamNya petunjuk”
Dirawikan Al-Bukhari dan Muslim dari Mu’awiyah

Nabi saw. bersabda:

“Orang berilmu (ulama) itu adalah pewaris dari Nabi-Nabi”
Dirawikan Abu Dawud, Ath-Thurmidzi dll. dari Abid Darda’

Dan sudah dimaklumi, bahwa taka da pangkat di atas pangkat kenabian dan taka da kemuliaan di atas kemuliaan yang mewarisi pangkat tersebut.

“Isi langit da nisi bumi meminta ampun untuk orang yang berilmu”
Ini adalah sebahagian dari hadits Abid Darda’

Manakah kedudukan yang melebihi kedudukan orang, di mana para malaikat di langit dan di bumi meminta ampun baginya? Orang itu sibuk dengan urusannya dan para malaikat sibuk pula meminta ampun baginya.

Nabi saw. bersabda :

“bahwa ilmu pengetahuan itu menambahkan mulis orang yang mulia dan meninggikan seorang budak sampai ke tingkat raja-raja”
Dirawikan Abu Na’im dll. dari Anas, dengan Isnad dla’if

Dijelaskan oleh hadits ini akan faedahnya di dunia dan sebagai dimaklumi bahwa akhirat itu lebih baik dan kekal.

“Dua perkara tidak dijumpai pada orang munafiq; baik kelakuan dan berpaham agama”
Dirawikan Ath-Thurmiddzi dari Abu Hurairah, hadits gharib (hadits yang asing isnadnya)

Dan janganlah anda ragu akan hadits ini, karena munafiqnya sebahagian ulama fiqih zaman sekarang. Karena tidaklah dimaksudkan oleh hadits itu akan fiqih yang anda sangkakan. Dan akan diterangkan nanti arti fiqih itu. Sekurang-kurangnya tingkat seorang ahli fiqih tahu ia bahwa akhirat itu lebih baik dari dunia. Dan pengetahuan ini, apabila benar dan banyak padanya, niscaya terlepaslah dia dari sifat nifaq dan ria.

Nabi saw. bersabda :

“Manusia yang terbaik ialah mu’min yang berilmu, jiwa diperlukan dia berguna. Dan jika tidak diperlukan, maka dia dapat menguruskan dirinya sendiri”
Dirawikan Al-Baihaqi dari Abid Darda’, isnad dlalif

Nabi saw. bersabda :

“Iman itu tidak berpakaian, Pakainnya ialah taqwa, perhiasannya ialah malu dan buahnya ialah ilmu”
Dirawikan Al-Hakim dari Abid darda’, isnad dla’if

“Manusia yang terdekat kepada derajat kenabian ialah orang yang berilmu dan berjihad. Adapun orang yang berilmu, maka memberi petunjuk kepda manusia akan apa yang dibawa Rasul-rasul. Dan orang yang berjihad, maka berjuang dengan pedang membela apa yang dibawa para Rasul itu”
Dirawikan Abu Na’im daru Ibnu Abbas, isnad dla’if

“Sesungguhnya mati satu suku bangsa, adalah lebih mudah daripada mati seorang yang berilmu”
Dirawikan Ath-thabrani dan Ibnu Abdul-Birri dari Abi-Darda’

“Manusia itu ibarat barang logam seprti logam emas dan perak. Orang yang baik pada jahiliyah menjadi baik pada pada masa Islam apabila mereka itu perpaham (berilmu)”
Dirawikan Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah

Nabi saw. bersabda :

“Ditimbang pada hari qiamat tinta ulama dengan darah syuhada’ (orang-orang syahid mempertahankan agama Allah)”
Dirawikan Ibnu Abdul-Birri dari Abid-Darda’, sanad dla’if

Nabi saw. bersabda :

“Barangsiapa menghafal kepada ummatku empat puluh hadits, sehingga ia menghafalkannya kepada mereka, maka aku memberi syafa’at dan menjadi saksi baginya pada hari kiamat”
Dirawikan Ibnu Abdul-Birri dari Ibnu Umar dan dipandangnya dla’if

Nabi saw. bersabda :

“Barangsiapa dari ummatku menghafal empat puluh hadits, maka dia akan bertemu dengan Allah pada hari qiamat sebagai seorang ahli fiqih yang ‘alim”
Dirawikan Ibnu Abdul-Birri dari Anas dan dipandangnya dla’if

Nabi saw. bersabda :

“Barangsiapa memahami agama Allah niscaya dicukupkan Allah akan kepentingannya dan diberikanNya rezeqi di luar dugaannya”
Dirawikan Al-Khatib dari Abdullah bin Az-Zubaidi, dengan isnad dla’if

Nabi saw. bersabda :

“Diwahyukan Allah kepada Nabi Ibrahim alahis salam (as) : Hai Ibrahim Bahwasanya Aku Maha Tahu, menyukai tiap-tiap orang yang tahu (berilmu)”
Hadits ini disebutkan Ibnu Abdul–Birri dengan catatan

Bersabda Nabi saw. :

“Orang yang berilmu itu adalah kepercayaan Allah swt. di bumi”
Dirawikan Ibnu Abdil-Birri dari Ma’adz, dengan sanad dla’if

Bersabda Nabi saw. :

“Dua golongan dari ummatku apabila baik niscaya baiklah manusia semuanya dan apabila rusak niscaya manusia seluruhnya yaitu Amir-amir dan ahli-ahli fiqih”
Dirawikan oleh Ibnu Abdil-Birri dan Abu Na’im dari Ibnu Abbas, dengan sanad dla’if

Bersabda Nabi saw. :

“Apabila datanglah kepadaku hari yang tidak bertambah ilmuku padanya, maka mendekatkan aku kepada Allah, maka tidak diberikan barakah bagiku pada terbit matahari hari itu”
Dirawikan Ath-Thabrani, Abu Na’im dan Ibnu Abdil-Birri dan A’isyah

Nabi saw. bersabda : mengenai kelebihan ilmu dari ibadah dan mati syahid :

“Kelebihan orang berilmu dari orang ‘abid (orang yang banyak ibadahnya) seperti kelebihanku dari orang yang paling rendah dari shahabatku”

Lihatlah betapa Nabi saw. membuat perbandingan antara ilmu pengetahuan dan derajat kenabian. Dan bagaimana Nabi mengurangkan tingkat amal ibadah yang tidak dengan ilmu pengetahuan, meskipun orang yang beribadah itu, tidak terlepas dari pengetahuan tentang peribadatan yang selalu dikerjakan. Dan kalau tak adalah ilmu, maka itu bukanlah ibadah namanya.

Nabi saw. bersabda :

“Kelebihan orang berilmu atas orang ‘abid, adalah seperti kelebihan bulan malam purnama dari bintang-bintang yang lain”
Dirawikan Abu Dawud, At-Tirmidzi dll. dari Abid-Darda’

Nabi saw. bersabda :

“Yang memberi syafa’at pada hari qiamat ialah tiga golongan yaitu: para nabi, kemudian alim ulama dan kemudian para syuhada”
Dirawikan Ibnu Majah dari Utsman bin Affan isnad dla’if

Ditinggikan kedudukan ahli mu sesudah nabi dan di atas orang syahid, serta apa yang tersebut dalam hadits tentang kelebihan orang syahid.

Nabi saw. bersabda :

“Tiadalah peribadatan sesuatu kepada Allah yang lebih utama dari pada memahami agama. Seseorang ahli fiqih yang lebih sukar bagi setan menipunya daripada seribu orang ‘abid. Tiap-tiap sesuatu, ada tiangnya. Dan tiang agama itu ialah memahaminya (ilmu fiqih)”
Dirawikan Ath-Thabrani dll. dari Abu Hurairah, Isnad dla’if

Nabi saw. bersabda :

“Yang terbaik dari agamamu ialah yang termudah dan ibadah yang terbaik ialah memahami agama”
Dirawikan Ibun Abdil-Birri dari Anas, sand dla’if

Nabi saw. bersabda :

“Kelebihan orang mu’min yang berilmu dari orang mu’min yang ‘abid tujuh puluh derajat”
Dirawikan Ibnu ‘Uda dari Abu Hurairah, isnad dla’if

Nabi saw. bersabda :

“Bahwa kamu berada pada suatu masa yang banyak ahli fiqihnya, sedikit ahli qira-at dan ahli pidato, sedikit orang meminta dan banyak orang memberi. Dan amal pada masa tersebut lebih baik dari pada ilmu. Dan akan datang kepada ummat manusia suatu masa, yang sedikit ahli fiqihnya, banyak ahli pidato, sedikit yang memberi dan banyak yang meminta. Ilmu pada masa itu lebih baik dari amal”
Dirawikan Ath-Thabrani dari Hizam bin Hakim, Isnad dla’if

Bersabda Nabi saw. :

“Antara orang ‘alim dan orang ‘abid seratus derajat jaraknya. Jarak antara dua derajat itu dapat dicapai dalam masa tujuh puluh tahun oleh seekor kuda pacuan”
Dirawikan Al-Ashfahani dari Ibnu Umar, dengan sanad dla’if

Orang bertanya kepada Nabi saw. : “Wahai Rasullulah! Amalan apakah yang lebih baik?”, Maka Nabi saw. menjawab : “Ilmu mengenai Allah ‘Azza wa Jalla (Maha Mulia dan Maha Besar)!”.

Bertanya pula orang itu : “Ilmu apa yang engkau kehendaki?”
Nabi saw. menjawab : “Ilmu mengenai Allah swt.”.

Berkata orang itu lagi : “Kami menanyakan tentang amal, lantas engkau menjawab tentang ilmu”

Maka Nabi saw. menjab : “Bahwasanya sedikit amal adalah bermanfa’at dengan disertai ilmu mengenai Allah. Dan bahwasanya banyak amal tidak bermanfa’at bila disertai kebodohan mengenai Allah swt.”

Nabi saw. bersabda :

“Allah swt. membangkitkan hamba-hambaNya pada hari qiamat. Kemudian membangkitkan orang-orang ‘alim seraya berfirman : “Hai orang ‘alim! Bahwasanya Aku tidak meletakkan ilmuKu pada mu selain karena Aku mengetahui tentang kamu. Dan tidak Aku meletakkan ilmuKu padamu untuk memberi adzab kepadamu. Pergilah! Aku telah mengampunkan segala dosamu”
Dirawikan Ath-Thabrani dari Abi Musa, dengan sanad dla’if

Kita bermohon kepada Allah akan husnul-khatimah!

* *

Adapun atsar (kata-kata shahabat Nabi saw. dan pemuka-pemuka Islam lainnya) yaitu :

Ali bin Abi Thalib ra. Berkata kepada Kumail : “Hai Kumail! Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta itu terhukum. Harta itu berkurang apabila dibelanjakan dan ilmu itu bertambah dengan dibelanjakan”

Berkata pula Ali ra. : “Orang berilmu  lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bershalat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapatlah suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain orang penggantinya”.

Berkata pula Ali ra. Dengan sajak :

* Tidaklah kebanggaan selain bagi ilmu,
            Mereka memberi petunjuk kepada orang yang meminta ditunjukkan

* Nilai manusia adalah dengan kebaikan yang dikerjakannya,
            Dan orang-orang bodoh itu adalah musuh ahli ilmu

* Menanglah engkau dengan ilmu, hiduplah lama.
            Orang lain mati, ahli ilmu it uterus hidup

Berkata Abul-Aswad : “Tidak adalah yang lebih mulia dari ilmu. Raja-raja itu menghukum manusia dan ‘alim ulama itu menghukum raja-raja”

Berkata Ibnu Abbas ra. : “Disuruh pilih pada Sulaiman bin Daud as. Antara ilmu, harta dan kerajaan. Maka dipilihnya ilmu, lalu dianugerahkanlah kepadanya harta dan kerajaan bersama ilmu itu”

“Ditanyakan kepada Ibnul Mubarak : “Siapakah manusia itu”.
Maka ia menjawab : “Orang-orang yang berilmu”.
Lalu ditanyakan pula : “Siapakah raja itu?”
Maka is menjawab : “Orang yang zuhud (tidak terpengaruh dengan kemewahan dunia)”
Ditanyakan pula : “Siapakah orang hina itu?”
Maka ia menjawab : “Mereka yang memakan (memperoleh) dunia dengan agama”

Ibnul Mubarak tidak memasukkan orang tak berilmu dalam golongan manusia. Karena ciri yang membedakan antara manusia dan hewan, ialah ilmu. Maka manusia itu adalah manusia, di mana ia menjadi mulia karena ilmu. Dan tidaklah yang demikian itu disebabkan kekuatan dirinya. Unta adalah lebih kuat daripada manusia. Bukanlah karena besarnya. Gajah lebih besar daripada manusia. Bukanlah karena beraninya. Binatang buas lebih berani daripada manusia. Bukanlah karena banyak makannya. Perut lembu lebih besar dari perut manusia. Bukanlah karena kesetubuhannya dengan wanita. Burung pipit yang paling rendah lebih kuat bersetubuh, dibandingkan dengan manusia. Bahkan, manusia itu tidak dijadikan, selain karena ilmu.

Berkata sesetengah ula : “Wahai kiranya, barang apakah yang dapat diperoleh oleh orang yang ketiadaan ilmu dan barang apakah yang hilang dari orang yang memperoleh ilmu”

Bersabda Nabi saw. :

“Barangsiapa dihadiahkan kepadanya Al-Quran lalu memandang ada lain yang lebih baik daripadanya, maka orang itu telah menghinakan apa yang dibesarkan oleh Allah Ta’ala”.

Bertanya Fathul-Mausili ra. : “Bukankah orang sakit itu apabila tak mau makan dan minum, lalu mati?”
Menjawab orang dikelilingnya : “Benar”

Lalu menyambung Fathul-Mausuli : “Begitu pula hati, apabila tak mau kepada hikmah dan ilmu dalam tiga hari, maka matilah hati itu”

Benarlah perkataan itu, karena sesungguhnya makanan hati itu ialah ilmu dan hikmahnya. Dengan dua itulah, hidup hati, sebagaimana tubuh itu hidup dengan makanan.

Orang yang tak berilmu, hatinya menjadi sakit dan kematian hatinya itu suatu keahrusan. Tetapi, dia tidak menyedari demikian, karena kecintaan dan kesibukannya dengan dunia, menghilangkan perasaan itu, sebagaimana kesangatan takut, kadang-kadang menghilang kepedihan luka seketika, meskipun luka itu masih ada.

Apabila mati itu telah menghilang kesibukan duniawi, lalu ia merasa dan merugi besar. Kemudian, itu tidak bermanfa’at baginya.

Yang demikain itu, seperti : dirasakan oleh orang yang telah aman dari ketakutan dan telah sembuh mabuk, dengan luka-luka yang diperolehnya dahulu sewaktu sedang mabuk dan takut.

Kita berlindung dengan Allah dari pembukaan apa yang tertutup. Sesungguhnya manusia itu tertidur. Apabila mati, maka dia terbangun. Berkata Al-Hassan ra. : “Ditimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada’. Maka beratlah timbangan tinta par aula itu, dari darah para syuhada’”.

Berkata Ibnu Mas’ud ra. : “Haruslah engkau berilmu sebelum ilmu itu diangkat. Diangkat ilmu adalah dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanNya!. Sesungguhnya orang-orang yang syahid dalam perang sabil, lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama. Karena melihat kemuliaan ulama itu. Sesungguhnya taka da seorangpun yang dilahirkan berilmu. Karena ilmu itu adalah dengan belajar”.

Berkata Ibnu Abbas ra. : “Bertukar- pikiran tentang ilmu sebahagian dari malam, lebih aku sukai daripada berbuat ibadah di malam itu”. Begitu juga menurut Abu Hurairah ra. Dan Ahmad bin Hanbal ra.

Berkata Al-Hasan tentang firman Allah Ta’ala :

“Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan pula di hari akhirat”.
(s. Al-Baqarah, ayat 201)

Bahwa kebaikan didunia itu ialah ilmu dan  ibadah, sedang kebaikan di akhirat itu, ialah sorga.

Ditanyakan kepada setengah hukama’ (para ahli hikmah) : “Barang apakah yang dapat disimpan lama?”

Lalu ia menjawab : “Yaitu barang-barang, apabila kapalmu karam, maka dia berenang bersama kamu, yakni : ilmu”. Dikatakan bahwa yang dimaksud dengan karam kapal ialah binasa badan, dengan mati.

Berkata setengah hukama’ : “Barangsiapa membuat ilmu sebagai kekang di mulut kuda, niscaya dia diambil manusia menjadi imam. Dan barangsiapa dikenal dengan hikmahnya, niscaya dia diperhatikan oleh semua mata dengan mulia”.

Berkata Imam Asy-Syafi’I ra. : “Diantara kemuliaan ilmu, ialah bahwa tiap-tiap orang dikatakan berilmu, meskipun dalam soal yang remeh, maka ia gembira. Sebaliknya, apabila dikatakan tidak, maka ia merasa sedih”.

Berkata Umar ra. : “Hai manusia! Haruslah engkau berilmu! Bahwasanya Allah swt. mempunyai selendang yang dikasihiNya. Barangsiapa mencari sebuah pintu dari ilmu, maka ia diselendangi Allah dengan selendangNya. Jika ia berbuat dosa, maka dimintanya kerelaan Allah tiga kali, supaya selendang itu tidak di buka daripadanya dan jika pun berkepanjangan dosanya sampai ia mati”

Berkata Al-Ahnaf ra. : “Hampirlah orang berilmu itu dianggap sebagai Tuhan. Dan tiap-tiap kemulaian yang tidak dikuatkan dengan ilmu, maka kehinaanlah kesudahannya”

Berkata Salim bin Abil-Ja’ad : “Aku dibeli oleh tuanku dengan harga 300 dirham lalu dimerdekakannya aku. Lalu aku bertanya : “Pekerjaan apakah yang akan aku kerjakan?”. Maka bekerjalah aku dalam lapangan ilmu. Tak sampai setahun kemudian, datanglah berkunjung kepadaku amir kota Madinah. Maka tidak aku izinkan ia masuk”.

Berkata Zubair bin Abi Bakar : “Ayahku di Irak menulis surat kepadaku. Isinya diantara lain, yaitu : “Haruslah engkau berilmu! Karena jika engkau memerlukan kepadanya, maka ia menjadi harta bagimu. Dan jika engkau tidak memerlukan kepadanya, maka ilmu itu menambahkan keelokanmu”.

Diceritakan juga yang demikian dalam nasehat Luqman kepada anaknya. Berkata Luqman : “Hai anakku! Duduklah bersama ulama! Rapatlah mereka dengan kedua lututmu! Sesungguhnya Allah swt. menghidupkan hati dengan nur-hikmah (sinar ilmu) seperti menghidupkan bumi dengan hujan dari langit”.

“Berkata setengah hukama’ : “Apabila meninggal seorang ahli ilmu, maka ia ditangisi oleh ikan di dalam air dan burung di udara. Wajahnya hilang tetapi sebutannya tidak dilupakan”.


Berkata Az-Zuhri : “Ilmu itu jantan dan tidak mencintainya selain oleh laki-laki yang jantan”.

Sumber: Imam Al Ghazali(1980); Ihya Ulumiddin, Jiwa Agama, Jilid 1, m.s 39 – 56 , Perc. Menara Kudus (Indonesia)