Sunday, 21 July 2013

Sifat Allah Ketiga BAQA’



Ertinya: KEKAL. Yang dimaksudkan dengan kekal Allah Taala iaitu ketiadaan akhir ada Allah Taala atau ketiadaan kesudahan ada-Nya atau menafikan ketiadaan yang menghubungi ada-Nya. Maka ketiga-tiga sebutan ini ertinya sama sahaja. Adapun yang dimaksudkan dengan ayat:


Maksud


di sini kekal Allah Taala walaupun binasa sekalian makhluk apabila ditiup sangkala, kecuali yang tiada binasa ialah 10 perkara:


1.      Sekalian nikmat syurga
2.      Azab neraka
3.      Ajbul Zambi (tulang kecil yang terletak dihujung tulang belakang manusia)
4.      Jasad sekalian Nabi-nabi a.s.
5.      Sekalian yang mati syahid
6.      Sekalian ruh
7.      Arasy
8.      Kursi
9.      Luh Mahfuz
10.  Qalam

Maka sekalian ini ada baginya permulaan tiada kesudahan adanya (kekal). Tetapi pada akal fikiran lurus Allah Taala mengekal atau membinasakannya. Yang dikatakan kekal benda-benda ini ialah dari segi Syarak iaitu sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran dan Al-Hadis bahawa sekalian benda-benda ini tidak binasa. Adapun kekal Allah Taala ialah kerana itu adalah sifat yang wajib bagi-Nya.

Mustahil lawan bagi sifat kekal iaitu fana (binasa)

Dalil Akal. Jika Allah Taala binasa sudah tentu ia-Nya baharu dan setiap yang baharu itu dihukum semacam makhluk juga. Kerana pada ketika itu jadilah Ia harus ada atau harus tiada. Maka setiap yang harus itu tidak boleh dihukum dengan wajib ada sama sekali. Yang demikian baharu Allah Taala itu tidak diterima akal kerana telah tetap wajah. QIDAM (Sedia). Oleh itu wajiblah Allah Taala bersifat dengan BAQA’.

Dalil Naqli. Firman Allah Taala:

“Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah”
(Surah Al-Qasas: Ayat 88)

“Dan kekallah zat Tuhanmu, Yang Maha Agung dan Mulia”
(Surah Ar-Rahman: Ayat 27)

Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah Taala itu kekal abadi, sifat BAQA’ ini juga termasuk kesempurnaan bagi sifat Allah Taala WUJUD. Ertinya WUJUD yang paling sempurna ialah WUJUD yang abadi kekal selama-lamanya. Jadi Allah Taala itu BAQIM (Zat yang kekal)

No comments:

Post a Comment