Wednesday, 14 August 2013

40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK-ANAK


1.       Hal mengenai zuriat tidak diperhitungkan semasa memilih jodoh
2.       Hal mengenai zuriat tidak diperhitungkan waktu mengadakan hubungan suami isteri
3.       Tidak menunjukkan sikap lemah lembut terhadap anak-anak
4.       Memaki hamun sebagai langkah menegur kesilapan anak-anak
5.       Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6.       Tidak bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7.       Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8.       Membezakan-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9.       Kurang melahirkan kasih sayang
10.   Kurang menunjukkan sikap gembira di hadapan anak-anak
11.   Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang daripada sekolah
12.   Tidak melatih anak-anak menempatkan sesuatu pada tempatnya
13.   TIDAK MENGAJAR ANAK-ANAK TENTANG AGAMA, KHUSUSNYA IBADAH SEMBAHYANG
14.   Tidak terlibat di dalam urusan pelajaran anak-anak
15.   Tidak memprogramkan masa rehat dan riadhah anak-anak
16.   Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17.   Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18.   Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak (Pakaian, Perkataan dan Perbualan)
19.   Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20.   Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak
21.   Tidak menggunakan bahasa yang sepatutnya
22.   Bertengkar di antara suami isteri di hadapan anak-anak
23.   Sikap ibu bapa yang sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24.   Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat di dalam dan di luar rumah
25.   Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26.   Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27.   Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak
28.   Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29.   Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30.   Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemuskilan anak-anak
31.   Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32.   Lambat memberi penghargaan/pengiktiran terhadap sesuatu perkara yang baik yang dilakukan oleh anak-anak
33.   Kerap meleter di atas sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak
34.   Menghukum tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35.   Sering mengancam dan menakut-nakuti anak-anak
36.   Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37.   Tidak konsisten di dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38.   Memberi nasihat yang sama sahaja kepada anak-anak diberbagai peringkat umur
39.   Tidak tegas di dalam mendidik anak-anak

40.   Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama, tolong menolong atau membantu

Mari kita kongsikan pengalaman anda disini.

Monday, 5 August 2013

Sifat ALLAH ke lima : QIAMUHU TAALA BINAFSIHI



Ertinya : BERDIRI ALLAH TAALA DENGAN SENDIRI. Dan tidak dimaksudkan di sini tegak pendirian-Nya atau bangun berdiri dengan sendiri tidak ada orang yang mengangkat dan menolong-Nya sebagaimana yang kita sedia faham. Tetapi berdiri Allah Taala dengan sendiri itu tiada berkehendak dengan zat yang lain atau kepada menjadikan-Nya. Difaham dengan kata bahawa Allah Taala tidak berkehendak kepada zat kerana Allah Taala itu sendiri adalah zat, dan bukan Allah Taala itu sifat. Yang mana menurut kaedah sifat itu tidak boleh berdiri dengan sendiri melainkan menumpang pada zat sama ada sifat QADIM atau sifat baharu, seperti menumpang warna pada zat kain. Tetapi tiada boleh dikatakan bahawa sifat Allah Taala itu berkehendak kepada zat, kerana boleh memberi waham bahawa baharu pula sifat Allah Taala itu. Maha suci Allah Taala daripada bandingan dengan sesuatu. Tetapi hendaklah diiktiqad dihati bahawa zat Allah Taala itu bersifat dengan segala kesempurnaan dan tidak berhajat Allah Taala kepada sekalian makhluk. Sebaliknya sekalian makhluk ini berhajat kepada-Nya.

Adapun erti tiada berkehendak Allah Taala kepada yang menjadikan Dia iaitu memestikan Allah Taala itu QADIM bukannya baharu. Kerana yang berkehendak kepada yang menjadikannya ialah sekalian yang baharu ini.

Mustahil lawan bagi sifat berdiri dengan sendirinya ini ialah berkehendak kepada zat atau kepada yang menjadikan.

Dalil Akal. Jika Allah Taala itu tidak berdiri dengan sendiri sudah tentu Allah Taala berkehendak kepada zat, nescaya Allah Taala itu sifat, dan ini tidak diterima akal. Kerana jika Allah Taala itu sifat sudah tentu tidak bersifat dengan sekalian sifat. Bandingannya ialah penglibatan kita tiada boleh menumpang penglihatan bahkan menumpang pada zat iaitu mata. Maha Suci Allah Taala menumpang seperti ini. Sebaliknya Allah Taala tidak berkehendak kepada zat dan tidak berkehndak kepada yang menjadikan Dia.

Dalil Naqli. Firman Allah Taala:

“Allah kaya (tidak menghajatkan pertolongan orang lain) dan kamu miskin”
(Surah Muhammad: Ayat 38)

“Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekalian makhluk”

(Surah Al-Ankabut: Ayat 6)